3 Kelebihan & Kekurangan Membeli Projek Hartanah Baru

3

Apakah kelebihan dan kekurangan membeli projek hartanah baru?

Kerap kali saya mendengar berita mengenai situasi pasaran hartanah oversupply kat Malaysia.

Pada waktu yang sama, saya berhadapan dengan projek-projek baru yang jual bagai pisang panas. Ada yang habis di’booking’ dalam satu jam. Berebut-berebut orang nak beli rumah.

MjayProperty Telegram Group

Memanglah ada orang cakap, ala tu cuma booking sahaja. Tapi pembeli ini tetap kena lalu proses permohonan pinjaman. Ada yang lepas. Ada yang tak. Yang tak, akan cuba untuk buat rayuan. Settlekan hutang yang patut, semata-mata lepas loan, dan nak beli rumah.

Lagi satu, banyak company yang public listed kat Bursa, masuk ke dalam industri ini jadi pemaju. Kalau pasaran tak bagus, takkan lah company jual besi buruk pun, jadi pemaju. Bina rumah, lokasi pun boleh tahan.

BACA: 4 POINT PENTING YANG PERLU TAHU SEBELUM BELI HARTANAH UNDERCON

Jadi, kepada sahabat saya yang bercadang nak beli projek hartanah baru, berikut ialah kelebihan dan kekurangan yang perlu anda bersedia.

Kelebihan MEMBELI PROJEK HARTANAH BARU

✔️ Kos PEMBELIAN adalah rendah

Sekarang pembelian rumah undercon cuma memerlukan modal deposit yang sangat rendah sekitar RM200-RM5,000. Berbanding dengan rumah subsales yang memerlukan kos dalam berpuluh ribu. Ini tidak termasuk kos guaman dan kos lain.

MjayProperty Telegram Group

Selain itu, pemaju menawarkan banyak diskaun dan pakej yang menarik seperti PERCUMA yuran guaman, duti setem, perabut tambahan, penyaman udara sehingga PERCUMA yuran penyelenggaraan untuk beberapa tahun.

✔️ PENINGKATAN MODAL

Ramai orang lebih suka membeli rumah undercon berbanding dengan rumah subsales kerana rumah undercon akan ambil masa 3-4 tahun untuk disiapkan. Jadi mereka boleh jual rumah ini dengan harga lebih tinggi selepas siap. Contoh rumah beli dengan harga RM 400,000, selepas 4 tahun rumah siap boleh jual dengan harga RM500,000. Untuk dapat keuntungan daripada peningkatan modal.

✔️ KOMITMEN BANK

Ramai orang muda lebih suka beli rumah undercon, sebab tidak perlu bayar ansuran bulanan pinjaman yang tinggi, Bagi contoh Encik A berumur 26 tahun, ingin beli rumah pertama, tapi Encik A takut dia tidak mampu nak bayar komitmen rumah yang tinggi, sebab gajinya belum tinggi.

Jadi mereka memilih untum membeli rumah undercon, setiap bulan cuma perlu bayar progressive interest yang amat rendah. Kalau ansuran bulanan RM3k, bayaran progressnya pula hanya dalam RM100-800 sebulan selama 2-3 tahun. Setelah beberapa tahun gaji Encik A juga meningkat dan pada masa itu dia baru mampu bayar ansuran rumah dan mempunyai lebihan untuk simpanan.

KEKURANGAN MEMBELI PROJEK HARTANAH BARU

❌ INDAH KHABAR DARI RUPA

Rumah siap, tapi tidak seperti yang anda bayangkan. Ilustrasi iklan di brochure nampak cantik gila! Show unit pon gempak. Kene ingat developer akan buat semuanya cantik untuk tujuan promosi. Kalau buat tak cantik ada orang nak beli ke?

Mereka akan berbelanja besar untuk rumah contoh supanya nampak impressive. Jadi pembeli mesti akan terbeliak mata bila masuk rumah tu, baru la senang nak sign booking form.

Rumah siap tapi finishing teruk. Contoh, dinding tak rata, tingkap senget, paip bocor, bumbung bocor dan bermacam lagi. Walaubagaimanapun, tak perlu takut masalah kerosakan rumah bila dah siap sebab masih under deffect warranty period selalunya untuk tempoh 2 tahun bermula dari ambil kunci rumah.

❌ Risiko terbengkalai

Sebab rumah undercon memerlukan masa 3-4 tahun untuk disiapkan. Dalam tempoh masa ini, risiko menjadi projek terbengkalai tetap ada. Inilah yang paling ditakuti oleh semua pembeli. Terpaksa membayar bertahun tahun utk rumah yangg tiada.

Jadi, semasa kita membeli rumah undercon kita perlu tahu siapa pemaju projek ini, semak balik profil pemaju untuk kurangkan risiko rumah terbengkali berlaku.

Tapi ada juga bank yang menawarkan pakej yang tidak memerlukan pembeli bayar sekiranya rumah disahkan terbengkalai.

❌ Kos renoVASI

Biasanya rumah undercon siap dalam keadaan unit kosong, kalau nak sewa atau nak duduk sendiri ianya memerlukan kos untuk buat renovasi.Biasanya kos diperlukan dalam RM15,000-RM25,000 bergantung kepada berapa keluasan rumah anda.

BACA: 5 Indikator Untuk Membeli Hartanah Subsales atau Projek

Projek Hartanah Baru Sekarang

Pasaran hartanah Malaysia sedang mengalami sedikit kelembapan tahun ini akibat wabak penyakit COVID-19, ketidaktentuan politik Malaysia dan kegiatan ekonomi yang lembat.

Pemaju sekarang bekerja lebih keras dan sangat kreatif dalam memastikan semua unit yang dimajukan dijual.

Ada juga pemaju, yang melewatkan sedikit tempoh pembinaan.

Ada juga yang menggunakan langkah yang kreatif untuk memudahkan pembelian hartanah. Sebagai contoh …

Ada pemaju yang menawarkan pinjaman sendiri sehingga 88% .

Ada juga yang memperkenalkan skim pembayaran ansuran untuk downpayment 18 – 24 bulan.

KEBANYAKKAN PEMAJU: memperkenalkan 10% rebat, diskaun, pakej fully furnished dan bermacam lagi.

Kebanyakkan projek hartanah baru yang team saya buat, semuanya mendapat sambutan yang hangat. Kerana ianya dari pemaju yang mempunyai track rekod yang bagus, entry cost yang sangat rendah, harga semasa dan sesuai untuk orang yang ingin memiliki kediaman sendiri.

Ada yang bertanya ok ke nak beli hartanah projek? Lihat pada matlamat anda. Apa yang anda nak buat dengan hartanah tu kalau anda beli.


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.