4 point penting yang perlu tahu sebelum beli hartanah undercon

4

Sekarang ini, ramai orang lebih cenderung untuk membeli hartanah undercon (projek yang masih dalam pembangunan) terutamanya orang muda yang berumur sekitar 25-30 tahun. Ini disebabkan oleh bayaran booking atau deposit untuk beli hartanah undercon tidak banyak berbanding dengan bayaran semasa pembelian hartanah subsales.

Selain itu, tawaran rebat, diskaun dan pakej yangmenarik ditawarkan oleh pemaju menjadi daya penarik untuk golongan muda membeli hartanah undercon. Tapi sebelum membeli, ada beberapa point penting yang perlu anda tahu.

Berikut ialah 4 point penting anda perlu ambil perhatian jikalau anda ingin melabur hartanah undercon:

MjayProperty Telegram Group

#1 – LATAR BELAKANG PEMAJU

Di dalam pasaran hartanah hari ini, ada banyak pilihan projek pembangunan baru. Jadi semasa kita memilih projek, kita mestilah tahu siapa pemaju projek ini. Anda perlu tahu latar belakang pemaju dan juga memilih pemaju yang ada mempunyai reputasi yang baik. Jikalau anda tersalah pilih kemungkinan anda akan menghadap risiko terbengkalai atau siap lewat.

#2 – LOKASI PROJEK PEMBANGUNAN BARU

Lokasi ialah satu faktor penting dalam pembelian hartanah, tak kira samada kita beli membeli hartanah undercon atau hartanah subsales.

Satu aspek yang saya dapat lihat, ramai orang lebih cenderung memilih projek berdasarkan harga bukannya lokasi. Lokasi yang cantik adalah tempat yang ada populasi yang sedia ada ramai, mempunyai pusat komuniti, kemudahan-kemudahan yang tersedia seperti; bank, sekolah , kolej & universiti, hospital dan mempunyai jalan & jalan masuk keluar lebuhraya yang baik.

#3 – MASA SIAP HARTANAH UNDERCON

Semasa kita memilih projek baru, kita mestilah mendapatkan info ini daripda perunding hartanah atau staff jualan pemaju. Bilakah projek ini akan siap?

Biasanya projek apartment atau kondominium (high rise) akan ambil masa 3 tahun untuk siap.

MjayProperty Telegram Group

Contoh pada tahun 2013 pasaran hartanah agak hot, ramai orang membeli projek untuk pelaburan, dan 3 tahun kemudian hartanah tersebut sudah siap iaitu pada tahun 2016.

Ramai orang menghadapi masalah tidak dapat jual kembali atau tidak dapat untuk menyewakan rumah mereka. Mungkin kerana lokasi tidak mempunyai permintaan, (Lebih bekalan daripada permintaan.).

Cuba bayangkan jikakalau anda sudah terbeli hartanah projek pada tahun 2017, anda akan dapat kunci pada tahun ini (2020). Adakah sekarang waktu yang terbaik?

#4 – AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN

Akta Pemajuan Perumahan atau Housing Development Act. (HDA)

Pastikan projek tersebut HDA atau Non-HDA. Semasa kita memilih projek kena tahu project ini adakah HDA atau Non HDA. Saya lebih sarankan anda untuk membeli projek yang ada HDA, sebab projek HDA lebih selamat kepada pembeli. Segala undang-undang pemaju akan termaktub di dalam akta ini, jadi pemaju tidak boleh sewenang-wenangnya untuk lari dan membiarkan rumah terbengkalai.

Satu lagi point kenapa perlu beli projek HDA, sebab kadar faedah (progressive interest) yang perlu bayar dalam tempoh 3 tahun semasa pembangunan akan lebih rendah berbanding dengan projek Non HDA.

NAK BACA MENGENAI AKTA INI? BOLEH MUAT TURUN AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN

DAH BERSEDIA UNTUK BELI? CARA MUDAH KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK PEMBELI PERTAMA

Kesimpulannya, tidak kira anda ingin membeli hartanah subsales atau hartanah undercon, anda perlu ada ilmu sebelum buat pelaburan dan ikut kemampuan diri sendiri. Jikalau anda baru mendapat kerja, tidak ada modal yang besar, tapi ingin melabur hartanah, anda boleh untuk mempertimbangkan untuk membeli hartanah undercon.


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.