6 Tips Lulus Pinjaman Bank Dengan Mudah

6

Melalui sedikit sebanyak pengalaman yang lepas dalam menguruskan pinjaman, saya mendapati terdapat ramai prospek pembeli terutamanya yang bekerja sendiri sukar ataupun tidak lulus pinjaman bank untuk pembelian rumah gagal walaupun mempunyai sumber pendapatan yang kukuh dan wang yang banyak.

Ada banyak sebab mengapa bank tidak meluluskan pinjaman anda dan ada banyak sebab juga bank senang nak luluskan pinjaman rumah anda.

Dalam artikel ini, saya akan cuba ringkaskan beberapa tips mudah terutamanya bagi yang bekerja sendiri/berniaga yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti. Tips ini hanyalah sekadar perkongsian saya sahaja dan mungkin anda mempunyai kaedah atau tips yang lebih baik, saya alu-alukan perkongsian daripada anda.

MjayProperty Telegram Group

Tips Lulus Pinjaman

#1 – Simpanan Yang Mencukupi

Bank sangat suka kepada peminjam yang mempunyai pinjaman yang banyak. Bukan setakat bank boleh pinjam duit anda, malah bank berasa selamat jika ada apa-apa yang berlaku ke atas pendapatan anda, sekurang-kurang mempunyai bantuan kewangan lain.

Berapa yang cukup? Sekurang-kurangnya jumlah 6 bulan bayaran ansuran pinjaman yang anda mohon. Kalau bajet ansurannya RM1,000, maka anda perlu ada RM6,000 dalam simpanan.

Lagi bagus, anda ada 12 kali lebih banyak daripada ansuran bulanan. Kalau ada lebih, lagi terbaik.

Kalau tak cukup simpanan, bagaimana pula anda nak bayar kos-kos lain jika pinjaman anda sudah diluluskan nanti?

BACA: KOS PEMBELIAN RUMAH SUBSALES

MjayProperty Telegram Group

APA YANG PERLU ANDA BUAT? Lampirkan kesemua penyata simpanan terkini anda (Tabung Haji, ASB dan sebagainya)

#2 – Baki Yang Mencukupi Dalam Akaun

Pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sementara menunggu gaji bulan depan. Apa yang dimaksudkan dengan baki yang mencukupi? Contoh yang ringkas; katakanlah esok hari gaji, hari ini masih mempunyai baki belanja, RM100 ke, RM50 ke.

Janganlah lagi 15 hari nak gaji, baki duit ada lagi RM10. Ini kes dah habis korek dah nih. Kes tengah bulan dah kering. Sedih dan haru.

Bank pun takut nak lulus pinjaman bank anda. Kalau anda jenis yang siap-siap asingkan duit anda ke akaun yang lain, lampirkan buktinya iaitu penyata bank untuk akaun simpanan tersebut.

#3 – CCRIS Yang Cantik

Antara salah satu kreteria yang bank lihat semasa permohonan pinjaman rumah ialah rekod CCRIS kita. Setiap kali bank proses permohonan pinjaman kita, mereka akan periksa sistem CCRIS (Central Credit Reference Information System).

CCRIS, yang diuruskan oleh Bank Negara, akan menyediakan maklumat pembayaran hutang si peminjam untuk tempoh 12 bulan terakhir. Laporan ini termasuk;

  • Pinjaman/ Pembiayaan rumah atau komersial
  • Pinjaman sewa beli kereta
  • Kad kredit
  • Pinjaman peribadi atau lain-lain.

Kalau anda lambat bayar atau ada tunggakkan ansuran bulanan untuk setiap hutang yang dibuat, peluang permohonan pinjaman ditolak adalah tinggi. Pastikan rekod CCRIS anda hanya tertera nombor ‘0’ sahaja. Elakkan ada nombor selain daripada ‘0’.

BACA: CCRIS & Kesan Pada Permohonan Pinjaman Anda

Jangan terlepas tarikh akhir pembayaran pinjaman. Bayar awal sebelum tarikh akhir setiap bulan. Selain itu, periksa juga item No.2 iaitu Special Attention Account (SAA).

Jika ada apa-apa tersenarai di dalam ruangan SAA, pastikan anda selesaikan dan lampirkan sekali surat pelepasan semasa permohonan pinjaman di buat.

Nak selamat, anda dapatkan laporan CCRIS secara online sebelum buat sebarang permohonan pinjaman rumah.

#4 – Permarkahan Kredit Atau Credit Scoring Mesti Bagus

Bank akan menolak permohonan pinjaman jika Scoring anda rendah. Ada kemungkinan sebab peminjam ada banyak kad kredit dan telah menggunakan kad kredit tersebut sehingga 60% daripada had kredit. Dah lah guna sampai habis limit, bayar pun asyik minimum payment (5%) sahaja.

credit scoring - lulus pinjaman bank

Selain itu, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada score yang rendah, seperti;

  • Pajakan Ar-rahnu yang banyak
  • Peminjam mempunyai banyak pinjaman peribadi tertera dalam CCRIS, walaupun DBR masih rendah
  • Peminjam mengambil banyak meminjam dalam masa setahun; ambil pinjaman sewa beli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan pembiayaan rumah, walaupun bayaran ansuran bulanan yang cantik.
  • Peminjam sudah berumur lebih 40 tahun, masih bujang, dalam CCRIS hanya mempunyai satu hutang kad kredit sahaja dan sekarang dia nak buat pinjaman rumah.
  • dan sebenarnya banyak lagi

#5 – Dokumen yang lengkap dan terkini

Pastikan anda menghantar dokumen permohonan pinjaman yang lengkap dan dokumen tersebut mestilah yang terkini. Kalau boleh jangan hantar dokumen yang asas sahaja, hantar semua dokumen yang menunjukkan pendapatan dan jualan perniagaan anda.

Bank minta penyata bank dan gaji untuk 3 bulan. Anda beri 6 bulan.

Bila bank minta untuk 6 bulan, anda beri setahun. Huh!

Pertamanya, pihak bank tak perlu tanya anda banyak kali suruh hantar dokumen yang belum lengkap atau dokumen yang agak lemah. Keduanya, memudahkan pihak bank untuk mengetahui betapa konsistennya pendapatan anda dan berapa banyak, senang nak lulus pinjaman bank anda nanti.

#6 – Semak Kelayakan

Bagi lebih menyakinkan dan memastikan anda akan lulus pinjaman rumah anda, dapatkan bantuan beberapa orang pegawai bank (berlainan bank) untuk memeriksa kelayakan pinjaman anda. (Pre-check).

Ada dokumen yang belum cukup, sempat lagi untuk dicukupkan. Kalau pendapatan cukup-cukup makan atau ada masalah dengan CCRIS, sekurang-sekurangnya mereka boleh menasihati anda terlebih dahulu sebelum anda membeli.

Jangan main beli sahaja. Bila pinjaman tak lulus, anda juga yang susah nanti.


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.