Cara Mudah Kira Kelayakan Beli Rumah Untuk Pembeli Pertama

C

Artikel kali ini, saya akan kupaskan mengenai kelayakan beli rumah untuk pembeli rumah pertama. Ramai yang tanya saya itu dan ini. Baru-baru ini, seperti contoh di bawah.

“Saya dah lama survey rumah area sana. Ada 1 unit ni, harga RM300,000. Cantik. Tuan rumah nak jual cepat. Okay tak kalau saya nak beli?”

“Dah kira kelayakan untuk buat pembiayaan bank?”

MjayProperty Telegram Group

“Belum. Tapi kawan ofis saya gaji macam saya, dia boleh je beli rumah harga macam tu. Takkan saya punya tak lepas pula, kan?”

“Tak semestinya gaji sama, layak beli rumah harga sama. Tengok juga komitmen masing-masing berapa.”

BACA: 22 CHECKLIST MEMBELI RUMAH PADA TAHUN 2020

Banyak saya dapat soalan macam tu. Nak beli rumah, dah survey rumah, tapi tak tahu pun sebenarnya dia layak atau tak.

Janganlah buang masa berbulan survey rumah RM300,000 padahal sebenarnya, rumah RM200,000 pun belum tentu lepas.

MjayProperty Telegram Group

CARA KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH

Nak jimat masa, saya kongikan secara asas kiraan harga rumah yang layak kita beli. Contoh kiraan adalah seperti di bawah.

Pendapatan Kasar – Potongan gaji = Pendapatan bersih
RM2,500 – RM200 = RM2,300

Debt Service Ratio (DSR) ialah tahap nisbah pendapatan dan komitmen pada bank seseorang. Ada yang cuma 50%, ada yang 60% dan ada setinggi 70%.

Pendapatan Bersih x DSR % Maksimum = Jumlah Pinjaman Maksimum Yang Layak
RM2,300 x 60% = RM1,380

Kenapa darab 60%? Saya ambil contoh CIMB, untuk Pendapatan bersih RM2,300, maksimum DSR yang dibenarkan adalah 60%.

Katakan anda ada komitmen bulanan bayar kereta RM400. Jadi baki jumlah pinjaman yang anda layak adalah RM1,380 – RM400 = RM980.

FORMULA 200

Baki Jumlah Pinjaman Dibenarkan x 200 = Jumlah Pinjaman Rumah
RM980 x 200 = RM196,000

Dah tahu anda layak dapat pembiayaan sampai RM196,000 sahaja, jangan pula cari rumah harga RM400,000. Memang takkan lepas.

INFO EKSTRA

KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK MAYBANK
KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK CIMB BANK
KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK AMBANK
KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK HONG LEONG BANK
KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK BSN
KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK OCBC BANK
KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK OUB BANK
KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK AFFIN BANK
KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK PUBLIC BANK

SUMBER GAMBAR: FB HARITH FAISAL

Info di atas tidak 100% tepat dan mungkin tak terkini. % maksimum DSR berubah mengikut polisi bank masing-masing. Sila hubungi pihak bank dan minta konsultasi dari pegawai bank untuk kiraan yang lebih tepat.

Dah boleh fikir macam mana kawan dia yang gaji sama macam dia, tapi boleh beli rumah harga RM300,000? Pandai-pandailah cari jawapannya. Kelayakan beli rumah tak sama untuk semua orang. Nanti saya share strategi kewangan dan pelaburan pula.


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.