Cukai Keuntungan Harta Tanah Dan Kesannya Kepada Pemilik Hartanah

C

Melalui pembentangan Bajet 2020 yang lalu, ramai yang cakna tentang perubahan pada Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) tetapi ramai yang kurang faham tentang perlaksanaan dan impak dari perubahan polisi ini.

Sebelum itu, kita kena tahu apa itu CKHT?

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gain Tax (RPGT) dalam bahasa mudah ialah cukai yang dikenakan keatas keuntungan dari hasil jualan hartanah.

MjayProperty Telegram Group

Cukai ini dikenakan hanya kepada transaksi jualbeli dimana penjual mendapat keuntungan dari harga jual berbanding harga beli rumah tersebut.

CKHT tidak dikenakan ke atas hartanah yang dijual pada harga yang sama atau kurang dari harga beli.

BACA : KOS PENJUALAN HARTANAH PEMILIK MESTI TAHU

Bagaimana cara pengiraan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)?

Cara pengiraan cukai diambil dari beza antara harga jual dan harga beli rumah yang berkenaan. Kemudian, ada beberapa kos lain yang dibenarkan untuk ditolak.

Antara perbelanjaan yang dibenarkan yang boleh digunakan untuk mengurangkan keuntungan boleh dicukai ialah yuran guaman, yuran agen hartanah, duti setem, kos pengiklanan jualan rumah, kos ubahsuai hartanah dan kos penilai hartanah. (semua ini memerlukan anda mengemukakan bukti – resit)

MjayProperty Telegram Group

TIPS CKHT:  Buat perancangan 5 tahun semasa beli hartanah dan buat satu fail untuk menyimpan segala resit bayaran kos semasa beli hartanah.

Keuntungan boleh dicukai = Harga jual – Harga beli – Pengecualian Cukai (RM10,000 atau 10% dari keuntungan, yang mana lebih tinggi) – Perbelanjaan yang Dibenarkan

Kemudian, keuntungan boleh dicukai perlu didarabkan dengan kadar CKHT. Kadar ini bergantung kepada tempoh masa dari tarikh perjanjian beli hartanah sehingga tarikh perjanjian jual hartanah.

Tahun yang ke-Individu – WarganegaraIndividu Bukan WarganegaraSyarikat
130%30%30%
230%30%30%
330%30%30%
420%30%20%
515%30%15%
6 dan ke atas5%10%10%
Keuntungan dikira daripada
harga pasaran pada tahun
20132013

Apa kesan Belanjawan 2020 kepada CKHT? 

Berdasarkan kepada Bajet 2020 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, kerajaan telah menetapkan nilai pasaran pada 1 Jan 2013 sebagai harga beli untuk hartanah yang dibeli sebelum tarikh tersebut berbanding nilai pasaran 1 Jan 2000 yang ditetapkan sebelum ini.

Hal ini bermakna, untuk rumah dan kediaman yang dibeli sebelum 1 Jan 2013 tidak lagi perlu menggunakan harga beli dalam pengiraan keuntungan boleh cukai.

Ini dapat mengurangkan keuntungan boleh cukai seterusnya kos akhir RPGT yang dikenakan keatas tuan rumah yang berhasrat untuk menjual rumah mereka akan berkurang.

Contoh Pengiraan

Ali membeli rumah kos rendah pada tahun 1995 dengan harga RM80,000. Pada 1 Jan 2013, nilai pasaran rumah yang sama berharga RM200,000. Ali telah mengeluarkan kos sebanyak RM10,000 untuk membaiki rumah dan renovasi. Ali berhasrat untuk menjual rumah tersebut pada harga RM250,000 dan perlu membayar kadar RPGT yang dikenakan keatas beliau. Berapa kos CKHT yang perlu dibayar?

Ali berjaya jual rumah tersebut pada tahun 2020.
Harga jual = RM250,000
Harga beli = RM200,000 (Memandangkan Ali beli rumah pada tahun 1995, harga beli bergantung pada nilai pasaran pada 1 Jan 2013)
Pengecualian cukai = RM10,000 (10% dari keuntungan lebih rendah dari RM10,000)
Perbelanjaan yang dibenarkan = RM10,000
Kadar RPGT = 5%

= [RM250,000 – RM200,000 – RM10,000 – RM10,000] x 5%
= RM30,000 x 5%
= RM1,500

Info tambahan

  1. Pengecualian sekali seumur hidup untuk penjualan hartanah kediaman bergantung permohonan oleh penjual (Seksyen 8, Jadual 3, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976).
  2. Pemberian hartanah sebagai hadiah diantara keluarga tidak dikenakan cukai RPGT. Definisi keluarga termasuk pasangan, ibubapa, anak, datuk nenek dan cucu (Para 12, Jadual 2, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976) .
  3. Penjualan rumah berharga RM 200,000 dan kebawah untuk tahun keenam dan seterusnya dikecualikan dari dikenakan cukai RPGT

SUMBER: LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.