Formula Pengiraan Duti Setem Untuk 2 perjanjian

F

Apa itu duti setem? Mungkin ada di antara pembeli-pembeli baru yang keliru tentang duti setem. Secara mudah duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949. Sudah semestinya ia melibatkan sedikit pengiraan duti setem.

BACA: AKTA DUTI SETEM 1949

Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah anda. pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan.

MjayProperty Telegram Group

Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru, duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.

Di dalam kes pembelian mana-mana urus niaga, kontrak jualan dan belian anda sebagai pemilik baru akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan.

KADAR DUTI SETEM UNTUK PINJAMAN JUAL BELI

Harga Balasan/ Nilai Pasaran Harta (Mengikut mana lebih tinggi)Kadar Duti Setem
RM100,000 pertama1%
RM100,001 hingga RM500,0002%
RM500,001 hingga RM1 juta3%
RM1 juta dan selebihnya4%

KADAR DUTI SETEM UNTUK PINJAMAN PINJAMAN

NilaiKadar Duti Setem
Bergantung pada jumlah pinjaman0.5%

Cuba kita ambil contoh harga rumah sebanyak RM300K untuk pengiraan duti setem ini,

Duti setem untuk perjanjian jual beli = (RM100k pertama x 1%) + (Baki RM200k x 2%) = RM5,000

Duti setem untuk perjanjian pinjaman = RM300k x 0.5% = RM1,500

MjayProperty Telegram Group

Jumlah keseluruhan duti setem yang perlu di bayar = RM 6,500

*Pengiraan diatas hanyalah anggaran jumlah yang perlu dibayar. Anda perlu tahu, terdapatnya pengecualian. Maksudnya, anda tak perlu bayar pun!

Tapi Khas Buat Pembeli Rumah Pertama Sahaja Ya!

Pengecualian Duti Setem

Ramai pembeli hartanah kurang pasti dan ada yang tak tahu langsung kewujudan pengecualian atau diskaun duti setem atas perjanjian pindah milik dan pinjaman yang mana perjanjian jual beli (SPA) rumah kediaman pertama tersebut hendaklah bertarikh mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020.

Jadi secara ringkasnya,

1) Untuk rumah kediaman pertama bawah RM300k = Pengecualian duti setem sepenuhnya atas perjanjian pindah milik dan pinjaman.

2) Untuk rumah kediaman pertama yang berharga RM300,001 – RM500k = pengecualian duti setem 100% diberikan untuk harga RM300K pertama sahaja bagi dokumen Pindahmilik, manakala bakinya akan dikenakan duti setem pada kadar seperti biasa; diskaun sebanyak RM1,5k untuk perjanjian pinjaman daripada nilai duti setem yang sebenar yang mana perjanjian jual beli (SPA) rumah kediaman pertama tersebut hendaklah bertarikh mulai 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2020.

Jom kita buat pengiraan duti setem dan pengecualiannya sekali. Contoh pembelian hartanah pertama bernilai RM400k dengan pinjaman 95% (RM380k).

Jadi, duti setem yang akan dikenakan:

Pindah milik : *RM300K pertama – dikecualikan duti setem,

* Baki RM100K akan dikenakan duti setem mengikut kadar perkiraan biasa iaitu 2% = RM2000

Pembiayaan – RM380K X 0.5% = RM1900 – peremitan RM1500 = RM400

Maka duti setem yang akan dikenakan adalah:

Duti setem untuk perjanjian pindah milik = RM2,000 sahaja

Duti setem untuk perjanjian pinjaman = RM1,900 – RM1,500 = RM40 sahaja.

3) Untuk rumah kediaman pertama berharga RM300,001 hingga RM1 juta yang dibeli daripada pemaju – pengecualian duti setem 100% akan diberikan untuk dokumen Pindahmilik sahaja, yang mana perjanjian jual beli (SPA) rumah kediaman

Sesiapa yang sedang mencari kediaman pertama, rebutlah pengecualian dan diskaun ini untuk tahun ini. Tak janji tahu depan sama polisi lagi.

Belilah rumah sekarang!! Alahai.

BACA: KOS PEMBELIAN RUMAH SUBSALES


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.