Kos Penjualan Hartanah Yang Perlu Pemilik Rumah Tahu

K

Bagi pemilik rumah yang bercadang ingin menjual rumah, mereka perlu mengambil tahu tentang kos-kos yang terlibat di dalam penjualan sesuatu hartanah. Di artikel ini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu di ambil kira oleh anda sebagai penjual berkaitan kos-kos terbabit dalam transaksi jual rumah anda tersebut.

BACA: 6 TIPS MENJUAL RUMAH ANDA DENGAN MUDAH DAN CEPAT

Kos yang terbabit di dalam penjualan sesuatu hartanah adalah:

MjayProperty Telegram Group

KOS PEGUAM

Kenapa penjual perlu mengeluarkan kos guaman?

Setiap perjanjian jual beli dimeterai oleh penjual dan juga pembeli. Peguam akan menyelesaikan dokumentasi melepaskan gadaian (jika masih ada baki pinjaman) , pindah hak milik dan sebagainya.

Jika anda melantik peguam secara sepenuhnya untuk mengendalikan urusan jual rumah anda, memang agak tinggi bayarannya.

Untuk jimatkan kos peguam, anda boleh kongsi peguam dengan menggunakan peguam pembeli.

Tetapi, anda mempunyai kekurangan kerana sebab peguam itu akan lebih memihak kepada pembeli sebab dia dilantik oleh pembeli, anda hanya menumpang.

MjayProperty Telegram Group

Bagi kes berkongsi peguam, bayaran hanya dalam RM1500-RM2500 macam tu selalunya.

Tidak seperti pembeli di mana lagi mahal harga rumah, lagi tinggi kos guaman. Bagi penjual kos guaman tidak bersangkutan dengan harga rumah yang dijual.

Tetapi, jika anda memilih untuk mempunyai peguam sendiri, maka yuran guaman akan menjadi tinggi sedikit dan peguam akan menggunakan kadar yang ditetapkan oleh Majlis Peguam Malaysia. Walaubagaimanapun, kadar bayaran guaman akan bergantung juga bagi setiap kes transaksi.

Tambahan kos, jika terdapat isu-isu tersebut.

  • Property masih ada loan yg melibatkan discharges of charge
  • Double transfer
  • Masih lagi mastertitle dan pemaju telah menfailkan kebankrapan. Peguam perlu mencar liquadator.

KOS CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

Cukai Keuntungan Harta & Tanah atau dikenali dengan Real Property Gain Tax (RPGT)

CKHT adalah cukai yang akan dikenakan ke atas keuntungan bersih yang anda dapat selepas anda jual rumah anda.

kos penjualan rumah

Pengiraan RPGT

Harga Jualan – Harga pemerolehan = Untung Kasar
Untung Kasar – perbelanjaan ke atas hartanah tersebut = Untung Bersih.

Antara perbelanjaan yang dibenarkan dan boleh ditolak daripada keuntungan jualan ialah;

  • Rebat atas keuntungan sebanyak RM10,000 atau 10% (yang mana lebih tinggi)
  • kos renovasi yang mempunyai resit rasmi daripada kontraktor atau pembekal
  • yuran guaman bagi pembelian atau penjualan
  • yuran perkhidmatan perunding hartanah

Anda boleh dapatkan perlepasan cukai ni, tapi syaratnya adalah ia hanya sekali seumur hidup bagi setiap individu rakyat Malaysia

Maklumat lanjut ada boleh semak di laman web rasmi HASIL : Cukai Keuntungan Harta Tanah

Kos penalti Lock-In period

Ini adalah kos yang perlu dibayar jika pinjaman perumahan anda ada lock-in period. Lock-in period adalah tempoh minimum lock pinjaman anda. Selalunya dalam 3-5 tahun.

Jika anda buat pembayaran penuh dalam masa lock-in tersebut, anda akan dikenakan penalti dalam 3% (ikut polisi bank) daripada baki pinjaman.

Jadi, periksa dulu lock-in period anda berapa lama. Elakkan lock-in period penalti ni dan jugak RPGT kalau boleh.

KOS PERUNDING HARTANAH

Bagi pemilik yang menggunakan khidmat perunding hartanah, kos agensi adalah 3.18% daripada harga rumah. Bermakna anda hanya akan dapat 6.82% sahaja daripada deposit 10%.

Ada juga perunding hartanah yang menetapkan berapa bayaran minimum dia boleh terima untuk harga rumah yang rendah. Ianya bergantung tehadap rundingan antara pemilik rumah dan perunding hartanah.

Walaupun kos perunding hartanah dianggap agak tinggi bagi sesetengah pemilik, tetapi anda dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga. Jika tak, anda kena uruskan banyak perkara seperti pengiklanan, peguam dan sebagainya.

Kos tambahan

Kos-kos lain yang mungkin akan terlibat dalam kos jual rumah adalah kos sampingan macam buat iklan di website berbayar, buat banner, dan lain-lain.

Tapi kalau anda menggunakan khidmat perunding hartanah, kos ini kebanyakannya mereka yang akan tanggung.

Ada juga yang terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki rumah dan mencantikkan rumah agar lebih menarik perhatian pembeli.

BIL-BIL TERTUNGGAK

Cukai tanah dan cukai pintu adalah perkara yang paling penting untuk pemilik selesaikan kerana ia melibatkan proses pindah milik hartanah.

Yuran penyelenggaraan, cukai pintu, cukai tanah, bil elektrik dan bil air, indah water dan lain-lain yang ini kebiasaanya peguam akan minta resit yang sudah dibayar diberi kepadanya.

KOS PENJUALAN HARTANAH

Begitulah sedikit sebanyak info tentang kos penjualan rumah. Saya tekankan supaya pemilik harus mengambil cakna akan hal ini. Bedasarkan pengalaman ada juga jenis pemilik yang
menyangka mereka tidak perlu mengeluarkan sebarang kos termasuk kos guaman semasa menjual rumah mereka.

Rujuk dan tanya sehabis habisnya kepada perunding hartanah supaya tiada isu yang berbangkit di masa akan datang di dalam proses penjualan rumah.


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.