Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?

B

Mungkin anda tertanya-tanya, adakah sekarang masa yang sesuai untuk membeli rumah? Tak kiralah samada untuk pelaburan atau duduk sendiri?

Sebenarnya bila-bila masa pun boleh beli rumah samada beli duduk sendiri atau pelaburan, yang penting kita perlu tahu status kewangan diri sendiri.

Kalau hari ini profil kewangan anda tidak mempunyai sebarang masalah, mempunyai modal yang cukup dan anda dapat listing hartanah harga dibawah daripada harga pasaran (below market value), bagi ada, inilah yang masa yang sesuai untuk membeli rumah.

MjayProperty Telegram Group

BACA: CARA MUDAH KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK PEMBELI PERTAMA

Jadi, jangan takut nak beli hartanah semasa ekonomi kurang baik. Sewaktu keadaan ekonomi yang kurang baik, peluang sentiasa terbuka luas untuk sesiapa yang mencarinya.

Pada tahun 2008 sewaktu negara berhadapan dengan krisis kewangan dan ekonomi global, ramai orang takut membeli hartanah pada masa itu. Tapi terdapat sebahagian orang yang berani beli hartanah pada masa itu.

Cubalah anda tanya pada orang yang membeli hartanah pada tahun 2008-2009 tersebut, berapa sudah keuntungan yang mereka dapat hasil daripada peningkatan modal (Capital Appreciation).

Seorang kawan saya yang membeli hartanah pada masa 2009 dengan harga RM200,000, pada tahun 2013 dia telah menjual rumah itu dengan harga RM450,000. Hanya selang beberapa tahun sahaja.

MjayProperty Telegram Group

NAK TUNGGU JATUH SAMPAI MANA BARU SESUAI BELI HARTANAH

Namun ada segelintir pihak yang berharap harga hartanah akan jatuh dan pada ketika itu barulah mereka bercadang untuk membeli. Sebenarnya, sudah banyak tahun dah kata ‘akan jatuh’.

Hakikatnya bukan ‘akan’ dah, memang sudah ada pun yang jatuh tak kira tahun apa. Tak kira kita dalam persekitaran ekonomi yang bagus ataupun kurang baik.

Tetapi, bila banyak dah iklan-iklan rumah harga bawah harga pasaran, kenapa masih belum membeli? Adakah belum masa yang sesuai untuk membeli rumah?

Ada market value RM380k, nak jual RM300k.

Ada market value lebih 300k tapi nak jual 250k.

Ada rumah market value RM500k, nak jual 400k.

Ada juga yang bank value RM900k, nak jual RM800k.

Tak kurang juga, hartanah yang bank value RM1.3 juta, tapi nak jual RM980k.

Bukan hartanah subsales sahaja, projek-projek baru dari pemaju pun sama. Pemaju rela bagi rebat banyak-banyak, bagi pakej yang menarik, kalau nak kira-kira, setanding dengan pasaran subsales dah. Tapi, masalahnya kenapa belum beli lagi?

Kenapa belum beli lagi? Sebabnya …

  • bila dah turun, bila buat kira-kira kewangan diri pula yang tak naik-naik.
  • bila dah turun, ada yang mengharap nak tunggu harga tersebut turun lagi
  • Bila ekonomi sudah pulih dan harga rumah dah tak turun tapi naik balik. Jadi, kenala tunggu lagi. Tunggu next economy cycle
  • bila turun, harga tak macam 10 tahun dulu. Kalau boleh nak beli landed harga RM250k
  • bila dah turun, tak kena dengan citarasa pula

Walaubagaimanapun, ada yang telah merebut peluang.

Ada juga yang masih bersikap tunggu dan lihat. Dulu-dulu pun dia tunggu dan lihat tapi nak juga tunggu dan lihat lagi. Sampai bila?

Namun, ada yang bertungkus lumus persiapkan diri dan mantapkan kewangan diri sebab dah tak nak tunggu.

Jadi, Bila masa yang sesuai untuk membeli rumah?

Jadi, nasihat saya, buat kira-kira kewangan diri sendiri dahulu dan kemudian barulah buat kira-kira untuk pembelian hartanah. Bersiap sedia tak kira waktu apa pun.

Beli rumah kena ikut kemampuan, bukan ikut kelayakan atau kemahuan. Persiapkan diri dengan hartanah kerana peluang akan datang tidak kira masa.

PENDAPAT YANG SERUPA: Bila Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Rumah?


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

2 Komen

  • Saya berkerja Di Singapore saya bercadang ingin beli rumah apa kah documents yg Kena lengkap masa pembeliaan rumah.. Bahawa umur saya skrg 37..apakah loan saya akan dia accept.. Di sini saya ingin Tanya pendapat Dan some idea daripada encik.. Tq

    • Warga Malaysia yang bekerja di Singapura boleh sahaja untuk memohon pinjaman daripada Bank Malaysia tetapi memerlukan beberapa dokumen tambahan.

      1 – Kad Pengenalan (Mykad)
      2 – Work Permit & Company Offer Letter
      3 – Slip gaji 6 bulan
      4 – Bank Statement 6 bulan
      5 – Pengesahan Majikan
      6 – Income Tax

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.