Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah

P

Beli rumah dengan pengeluaran KWSP? Boleh! Prosesnya pun sangat mudah. Baca selanjutnya artikel ini.

Sebelum kita tulis lebih lanjut, mesti ada yang masih tertanya-tanya, apa itu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? KWSP atau dalam singkatan bahasa Inggeris, EPF ialah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452)

Apakah tujuan KWSP ditubuhkan?

Tujuan KWSP ini adalah menyediakan persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. Pendek kata kita gelar dia sebagai forced saving atau simpanan yang dipaksa.

MjayProperty Telegram Group

Kalau ikutkan, simpanan ini adalah 23% daripada gaji; yang mana 11% daripada gaji kita dan 12% pulak ditambah oleh majikan dicarumkan kepada akaun KWSP individu.

Erti kata lain, KWSP ni ibarat simpanan hari tua untuk diri sendiri. Jika KWSP ini tiada, maka ramai pekerja tiada skim pencen merana di kemudian hari. Akaun KWSP kita ada dua, Akaun 1 dan Akaun 2.

Akaun 1 adalah 70% daripada jumlah gaji yang ditolak dan akaun ini hanya boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat, iaitu mencapai 55 tahun, kehilangan upaya, meninggalkan negara atau meninggal dunia.

Manakala, Akaun 2 pula 30% daripada jumlah yang ditolak. Akaun 2 ni la yang kita boleh keluarkan untuk tujuan tertentu, contohnya untuk membeli rumah.

BAGAIMANA SAYA NAK BUAT PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH?

1. Semak KWSP dan Semak Kelayakan Pinjaman

Anda boleh semak jumlah simpanan anda di dalam KWSP dan mencetak penyata tahunan melalui kiosk KWSP terdekat atau pejabat KWSP berdekatan.

MjayProperty Telegram Group

Setiap kali membeli rumah, deposit rumah memang diperlukan untuk pembelian rumah dan secara lazimnya 10% daripada harga jual. Selebihnya, iaitu 90% akan ditambah dengan pinjaman bank.

Apa syarat kelayakan untuk PENGELUARAN KWSP?

  1. Ahli bertaraf Warganegara atau Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa tarikh permohonan
  3. Akaun Simpanan dalam Akaun 2 masih minimum RM500
  4. Ahli tidak pernah membuat pengeluaran untuk beli rumah pertama guna KWSP (untuk pembelian rumah kedua atau ketiga) melainkan rumah pertama tu dah pindah milik atau kena jual.
  5. Ahli telah menandatangani surat perjanjian membeli rumah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan.

Tidak Layak Untuk Mohon Pembelian Rumah Dengan KWSP sekiranya:

  • Membeli rumah tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk overdraft
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

Tertaluk pada syarat kelayakan tadi.Anda boleh apply untuk kebanyakan jenis rumah kediaman seperti banglo, SemiD, teres, apartment, condominium, studio apartment, townhouse, atau SOHO.

Pastikan pinjaman anda diberi oleh syarikat berlesen. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kecelaruan semasa dalam proses pembelian rumah.

Bagi mereka yang berurusan membuat pinjaman dengan badan-badan lain hendaklah menepati syarat berikut:

  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP

Seperti mana awal tadi berkaitan deposit rumah, anda perlu dahulukan guna duit sendiri dahulu, sebelum KWSP membuat pengeluaran. Jangan salah faham ye, KWSP tak bagi anda keluarkan tunai terlebih dahulu untuk pembayaran deposit tersebut. Kalau tak mesti ramai yang akan salah guna.

2. Buat Pengiraan Jumlah Pengeluaran KWSP

INDIVIDU

Jumlah pengeluaran adalah perbezaan antara harga rumah dengan loan dan tambah 10% daripada harga rumah;atau semua simpanan akaun 2

Jumlah Pengeluran = (Harga Rumah – Jumlah Pinjaman) + Tambahan 10% harga rumah

Contoh,

Harga Rumah RM500,000.

Pinjaman 90% (RM450,000)

Tambahan Pengeluaran 10% harga rumah (RM50,000)

(RM500,000 – RM450,000) + RM50,000 = RM100,000

Jadi jumlah boleh keluar adalah sebanyak RM100,000.

“Kalau Akaun 2 tak cukup dengan jumlah pengeluaran?”

Jangan risau anda boleh keluarkan semua jumlah dalam Akaun 2 tu yang penting tak kacau Akaun 1.

PENGELUARAN BERSAMA

Pengeluaran KWSP bersama dibolehkan kepada pasangan yang mempunyai pertalian kekeluargaan dan nama pengeluar tertera di dalam Perjanjian Jual Beli.

Pengiraan jumlah pengeluaran adalah tetap sama atau boleh keluarkan semua akaun 2 masing-masing mengikut jumlah maksimum yang dibenarkan.

Contoh jumlah pengeluaran RM100,000, masing-masing sepatutnya RM50,000 (suami dan isteri)

Akaun 2 Suami: RM70,000

Akaun 2 Isteri: RM40,000

Jadi, akaun 2 Isteri boleh keluar semua RM40,000 sebab kurang daripada RM50,000

Tapi akaun 2 si suami hanya setakat RM60,000 sebab hasil tambah dua dua dah cukup RM100,000

3. Lengkapkan dokumen dan hantaR permohonan kepada KWSP

Syarat, Kelayakan dan jumlah yang boleh dikeluarkan dah tahu, jadi bagaimana nak buat pengeluaran KWSP ini?

Bila semua syarat anda yakin lepas, anda perlu pastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap. Apabila semua lengkap, pihak KWSP akan proses permohonan anda dalam tempoh 14 hari, duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank simpanan.

Dokumen yang diperlukan

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
  2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
  3. Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)
  4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

Dokumen sokongan

  1. Perjanjian Jual Beli
  2. Surat Tawaran Pinjaman Bank rumah anda
  3. Dokumen-dokumen lain yang diperlukan mengikut kes pembelian

4. Terima Duit Beli Rumah

Apabila semua lengkap, pihak KWSP akan proses permohonan anda dalam tempoh 15 hari, duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank simpanan dengan syarat:

  • Ahli mempunyai akaun bank yang aktif dengan panel KWSP yang dilantik; DAN
  • Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank
  • Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
  • Sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli, bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank

Bagi mereka yang tinggal di luar negara ,jangan risau bayaran adalah melalui Draf Bank Asing.

Kesimpulan

Pengeluaran KWSP ini sedikit sebanyak membantu dari segi kewangan. Dengan wujudnya forced saving ni dapat memastikan anda mempunyai wang simpanan secara efisien dan dapat memudahkan proses membeli rumah. Dalam pada masa yang sama dapat merealisasikan impian anda untuk memiliki rumah idaman anda yang mungkin tergendala akibat kesempitan wang dan ansuran pinjaman yang terlalu tinggi.

Bagi segelintir daripada anda rasa dokumen dan syarat yang dikenakan agak leceh untuk beli rumah dengan KWSP, percayalah bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Kalau fikir semula ianya berbaloi sebab boleh dapatkan semula deposit yang kita keluarkan.

Jadi, dengan artikel ini moga ia dapat membantu anda daripada berlaku kekeliruan berkenaan cara untuk membeli rumah dengan KWSP.

Sumber rujukan: KWSP

Jika anda ingin membeli rumah atau mungkin semak harga rumah boleh rujuk di SINI, nanti kami tengokkan.


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.