3 Perbezaan Ketara Pinjaman Konvensional Dan Pembiayaan Islamik

3

Apakah yang membezakan pinjaman konvensional dan pembiayaan Islamik?

Pembiayaan Islamik dan Pinjaman Konvensional adalah berbeza dari segi konsepnya. Ramai yang kata pinjaman Islamik merugikan. Ada juga kata Pinjaman konvensional tak bagus.

Secara kasarnya konvensional disebut pinjaman, atau bahasa inggerisnya conventional loan, dan pembiayaan Islamik adalah Islamic Financing. Apa bezanya?

MjayProperty Telegram Group

Kebanyakan pembeli harini lebih memilih pembiayaan Islamik berbanding konvensional, termasuklah pengguna bukan Islam di Malaysia.

PINJAMAN KOnVENSIONAL VS PEMBIAYAAN ISLAMIK

Pembiayaan Islamik di Malaysia menggunakan konsep mengelak daripada sebarang urus niaga berunsur riba. Sebagai ganti, konsep jual beli kepada peminjam dengan kadar keuntungan yang dipersetujui telah diperkenalkan, menggantikan kadar faedah pinjaman konvensional.

Setakat Januari 2019, 32% pembiayaan di Malaysia adalah daripada pembiayaan Islamik.

ARTIKEL BACAAN: Pinjaman Perumahan: Fahami Sebelum Anda Dizalimi

Jom tengok beza pinjaman konvensional dan pembiayaan Islamik untuk pinjaman rumah.

MjayProperty Telegram Group

#1 – KONSEP

Bank konvensional bertindak sebagai pemiutang (orang yang memberikan pinjaman) dan pelanggan adalah penghutang (orang yang berhutang kepada bank.)

Ini bermaksud, kita meminjam wang daripada bank untuk membeli rumah. Islamik pula, bank membeli dulu rumah itu, kemudian guna konsep ‘sewaan semula’ kepada kita.

Pembiayaan Islamik ada tiga kriteria yang berbeza:

  • Kontrak Jualan: Bank adalah penjual dan pelanggan adalah pembeli.
  • Kontrak Perkongsian: Bank dan pelanggan adalah rakan kongsi.
  • Kontrak Pajakan: Bank berperanan sebagai pemberi pajak, dan pelanggan sebagai pemajak.

#2 – Kadar Faedah

Bagi pinjaman konvensional, bank akan mengenakan faedah ke atas duit yang dipinjamkan dan pengiraan faedah adalah berkompaun.

Pembiayaan Islamik pulak, keuntungan bank adalah berdasarkan pembiayaan kontrak yang patuh syariah dan keuntungan adalah tidak berkompaun. Pengiraan faedah adalah berdasarkan kompaun (compounding).

#3 – MODAL

Menerusi pinjaman konvensional, wang adalah subjek dalam transaksi.

Pembiayaan Islamik pula menjadikan wang sebagai medium dan aset adalah dasar dalam subjek transaksi. Setiap bank adalah berbeza kerana produk mereka juga berbeza-beza.

Walau bagaimanapun, sebagai orang Islam kita diwajibkan untuk memilih pembiayaan Islamik yang patuh syariah, halal dan tiada unsur riba.

Ini antara point utama dalam perbezaan pinjaman dan pembiayaan Islamik.

Ada pula persoalan, yang bukan muslim boleh guna pembiayaan islamik ke?

Boleh, Islam itu menyeluruh. Asalkan sumber pendapatan atau tujuan pembiayaan adalah perkara yang halal. Faham?

BACA JUGA: CARA MUDAH KIRA KELAYAKAN BELI RUMAH UNTUK PEMBELI PERTAMA


Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.