Pinjaman LPPSA Untuk Pembelian Rumah Penjawat Awam

P

Dalam banyak-banyak tawaran pinjaman perumahan yang disediakan oleh institusi kewangan (bank) kepada penjawat awam, pinjaman LPPSA tetap menjadi pilihan nombor satu mereka iaitu kemudahan yang disediakan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Walaupun sekarang ni ada bermacam-macam skim pembiayaan pembelian rumah yang ditawarkan untuk kakitangan kerajaan. Termasuk juga pihak bank, mula menawarkan pelbagai inisiatif untuk penjawat awam. Banyak bank mensasarkan penjawat awam disebabkan kerja yang stabil (setiap tahun ada kenaikan gaji yang tak pernah sangkut), majikan yang stabil, dan pembayaran gaji tepat pada waktunya mengikut jadual.

Sebagai seorang penjawat awam, anda patut bersyukur kerana golongan kakitangan kerajaanlah paling senang untuk dapatkan pinjaman rumah.

MjayProperty Telegram Group

Jadi yang paling penting adalah anda perlu pandai menguruskan gaji dan kewangan anda. Terutama yang baru bekerja, kalau boleh elakkan ambil pinjaman kereta dan yang paling mustahak elakkan pinjaman peribadi kerana ia bakal menyusahkan anda untuk membeli rumah.

Asingkan sedikit wang dari gaji anda setiap bulan sebagai persedian untuk membeli rumah kerana untuk beli rumah, anda perlu sediakan deposit dan kos-kos guaman.

Kelebihan Pinjaman LPPSA

Pinjaman LPPSA mempunyai kadar faedah yang rendah dan tetap iaitu pada 4% sahaja. dan jumlah pinjaman mengikut 100% harga rumah (mengikut penilaian harga yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta  (JPPH) dan mengikut had kelayakan pinjaman anda mengikut tangga gaji.

Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (Kemaskini: 1 Januari 2017)

Untuk pembelian hartanah yang masih dalam pembinaan, LPPSA menanggung kesemua bayaran progressive interest kepada pemaju tanpa mengenakan bayaran tersebut kepada pembeli. Ini bermakna peminjam akan mula membayar apabila hartanah sudah siap.

Tempoh pembayaran semula pembiayaan sehingga 35 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2019) bagi penjawat awam yang mengambil skim pencen.

MjayProperty Telegram Group

Manakala, penjawat awam yang mengambil skim KWSP, tempoh bayaran semula sehingga had umur peminjam 58 tahun. Ini bermakna, jika anada berumur 28 tahun, tempoh bayaran balik ialah 30 tahun sahaja.

TAHUKAH ANDA? ANDA BOLEH BUAT PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH?

Penolakan bayaran bulanan rumah melalui potongan gaji selepas pembeli dapat kunci atau selepas rumah siap (projek baru).

Yang paling menarik untuk permohonan pinjaman ini. ianya tidak perlu rekod CCRIS dan CTOS semasa memohon pinjaman rumah LPPSA dan tidak mempunyai syarat kelayakan yang tinggi untuk membeli rumah.

Namun, LPPSA sudah ketatkan syarat pinjaman dan bergantung pada kadar gaji semasa korang (selepas ditolak pinjaman-pinjaman lain) – gaji bersih. Anda boleh beli beberapa buah rumah dengan margin pembiayaan tinggi jika anda pandai menggunakan peluang ini.

Sebagai contoh, rumah pertama dan kedua, anda gunakan pinjaman dari bank kovensional biasa untuk beli rumah, manakala rumah ke ketiga baru gunakan pinjaman kerajaan. Jadi pandai-pandailah merancang untuk kaedah pelaburan anda.

TIPS PELABURAN ABANG JAMEL

Sebagai seorang penjawat awam, sebaiknya anda gunakanlah kemudahan pinjaman yang disediakan oleh LPPSA. Rugi sekiranya anda tidak menggunakan kemudahan ini!!

BACA: Pinjaman Kerajaan Untuk Pembelian Rumah






Download Ebook percuma!

Anda nak maklumat PERCUMA tentang peluang-peluang pelaburan dalam bidang hartanah. Sila isikan maklumat di bawah ini. (*wajib diisi)

Mengenai Penulis

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kongsi Komen

Jamel Driller

Seorang peruding hartanah dan usahawan. Kepakaran saya ialah menbantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.

Kepakaran saya..

membantu anda dalam pelaburan hartanah untuk mendapat pendapatan pasif dan menikmati hidup yang berkualiti walaupun anda dah bersara nanti.